`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 30, 2021

Disyaki langgar SOP, polis kesan penganjur, tetamu pertunjukan fesyen

 

Polis juga akan melakukan semakan daftar kehadiran semua tetamu dan penganjur melalui aplikasi ‘MySejahtera’.

PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan terhadap penganjur pertunjukan fesyen jenama tempatan kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Semakan polis ke atas rakaman video yang tular di media sosial berkenaan acara itu menunjukkan semua tetamu yang hadir melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mashariman Ku Mahmood.

“Penganjur juga memuat naik pelbagai gambar sepanjang berlangsungnya majlis yang dianggarkan dihadiri kira-kira 50 tetamu (yang) tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

“Polis IPD Petaling Jaya sedang mengesan penganjur dan tetamu yang hadir untuk siasatan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Ku Mashariman berkata, pihaknya juga akan melakukan semakan daftar kehadiran semua tetamu dan penganjur melalui aplikasi “MySejahtera”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.