`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 29, 2021

Presiden Gostan, Timbalan Kata Tunggu Gajah Mengawan Bulan Ogos Pula!

 



  • KL - UMNO luluskan Presiden, MKT tentukan masa tarik diri dpd PN
  • Presiden kata pendirian akan dibuat sekiranya PN masih tiada indikasi tarikh PRU
  • kemungkinan mereka akan memanjangkan PRU hingga cukup penggal
  • Kalau inilah keputusan mereka parti akan menarik diri daripada PN
  • Mat Hasan beri bayangan UMNO akan keluar PN pada Ogos
  • Jika kita sudah setuju nak tarik diri bulan Ogos, jadi (kita) tarik diri bulan Ogos.
  • UMNO ini gajah

OSTB :

Jadi what happened to 'kita akan tarik diri, kita akan cabut gigi hari ini juga'? Semuanya cakap kosong saja. Akhir sekali tak jadi apa pun. 



  • Pendek kata untuk hari ini tidak ada Menteri Umno perlu letak jawatan lah. Selamatlah jawatan, gaji dan kontrak. 
  • Timbalan presiden pula kata gajah Umno akan melanggar lalang dan tumbangkan rumput pada bulan Ogos.  
  • Zahid kata UMNO tidak pernah mendukung PN.  MKT, akar umbi tidak senang Bersatu.
  • Kalau tak dukung PN macam mana pula SEMBILAN orang UMNO jadi Menteri ? 
  • Dan Sabah pula "special case" - UMNO akan terus bergundek dengan Bersatu. 
  • Annuar Musa pula dedah Zahid tulis surat sokong Anwar Ibrahim jadi PM !!
  • Akhir sekali presiden kata untuk malam ini Umno tak rela menikah dengan sesiapa pun. Tetapi malam esok pula Umno sedia tidur dengan sesiapa pun - ikut keputusan PRU. 

Timbalan Presiden kata UMNO perlu menang 80 kerusi Parlimen. Dia kata kalau UMNO menang 80 kerusi semut tempang pun akan merangkak panjat pokok kelapa untuk bermadu dengan Umno. 


Kalaulah UMNO boleh menang 80 kerusi, saya yakin gajah boleh panjat pokok kelapa tadi. Anyway, pada bulan Ogos ini UMNO ingin jadi gajah dulu. Lepas itu baru UMNO boleh jadi pokok kelapa. 

Soalan besar yang Mat Hassan perlu jawab ialah bagaimana UMNO boleh kalah begitu banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN pada PRU14 tahun 2018?

Tok Mat, sesudah Badawi kalah 2/3 pada tahun 2008, UMNO dan Badawi janji akan buat postmortem. Sampai hari ini tak ada pun postmortem PRU 12 (2008) itu. Saya cadangkan lebih baik UMNO buat postmortem PRU 12 (2008). Better late than never.

Lepas itu UMNO perlu buat postmortem PRU 13 (2013) di mana UMNO kalah teruk lagi - dibawah Najib.

Dan akhir sekali UMNO perlu buat post mortem PRU 14 (2018) di mana UMNO terus di tongsampahkan.

Jadi kekalahan UMNO bukan berlaku secara terkejut tergempak. UMNO sudah masuk sakratul maut sejak 2008 lagi. Umno sudah kena Brain Cancer Stage 4. Sekarang pula dijangkiti Covid19.

Gajah tidak boleh panjat pokok kelapa lah.  Dan UMNO tidak boleh menang 80 kerusi.

Archimedes, seorang saintis dan pemikir Yunani pernah berlari bogel sambil menjerit-jerit "Eureka" apabila beliau mendapat ilham (dalam bilik mandi) untuk menyelesaikan Archimedes Principle (dalam bidang Fizik).  Peristiwa itu dikenali sebagai 'Eureka moment'. 




UMNO pula kurang faham Fizik atau Archimedes Principle. Umno mungkin perlukan 'a batang pisang moment'.  Ini merujuk cerita dongeng Singapura dilanggar todak. Maka datanglah seorang anak genius Hang Nadim yang cadangkan batang pisang ditegakkan di tepi pantai untuk 'menangkap todak'. Cadangan Hang Nadim itu success. 

Sebelum Hang Nadim tiba dengan idea batang pisangnya, Raja Singapura pula suruh orang Singapura untuk tayang betis mereka untuk ditikam todak !!  Boleh dikatakan Raja Singapura itu spesies pemimpin yang memang tidak berakal langsung.

Dan sebagai kemuncak kebodohannya Raja Singapura telah membunuh Hang Nadim sebab takut Hang Nadim yang genius akan menjadi raja pada suatu hari.

Jadi Umno perlukan seorang Hang Nadim dengan 'batang pisang moment' nya. Tetapi sebelum itu Umno perlu buangkan "kerabat-kerabat pimpinan parti" yang memang tidak berakal.  Hang Nadim mereka bunuh. Hang kautim mereka suka.

 
Idea-idea seperti employment guarantee tidak akan memberi kesan postif dalam negara kita. Dalam negara kita jurang perbezan ekonomi bukan disebabkan tiada peluang pekerjaan. Jurang perbezaan ekonomi disebabkan orang malas bekerja (saya ulangi pendirian bekas presiden Umno selama 22 tahun). Sebaliknya orang yang rajin bekerja dihukum Hang Nadim pula.  Dan selama ini kerabat-kerabat Umno suruh orang Melayu tayang betis saja. Depa pula ambil peha. Itu masalah besarnya. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.