`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 24, 2021

2 dalang seludup wanita Vietnam ditahan

 

Hasil siasatan polis mendapati mangsa sindiket pemerdagangan manusia itu dipaksa untuk memberikan khidmat seks dengan bayaran RM250 dikenakan bagi setiap pelanggan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi dalang mangsa pemerdagangan manusia melibatkan lima wanita warga Vietnam, di Jalan Raden Bagus, pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Saiful Annuar Yusoff berkata kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada semua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.

“Operasi Pintas (Op Pintas) kira-kira 10.10 malam itu membongkar kegiatan jijik terbabit dipercayai telah beroperasi kira-kira sebulan lepas.

“Polis dalam masa sama, turut menemukan pasport milik semua mangsa dipercayai dipegang oleh seorang daripada suspek yang ditahan.

“Hasil siasatan juga mendapati mangsa telah dipaksa untuk memberikan khidmat seks dengan bayaran RM250 dikenakan bagi setiap pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Saiful Annuar berkata pihaknya akan memohon reman kepada dua suspek terbabit dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Semua mangsa terbabit akan dimohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) seterusnya dihantar ke pusat perlindungan sementara,” katanya.

Saiful Annuar berkata serbuan terbabit turut membawa kepada rampasan sembilan buah telefon bimbit, tiga keping kad akses bilik, 24 kondom selain wang tunai berjumlah RM1,250. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.