`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 8, 2021

ASTI, FMT bantu murid tebus semula ‘masa yang hilang’ akibat pandemik

 

Pengerusi FMT Al-Ishsal Ishak (dua dari kanan) dan Presiden ASTI Mohamed Yunus Yasin (dua dari kiri) menandatangani memorandum persefahaman, dengan disaksikan bekas timbalan menteri pendidikan P Kamalanathan (berdiri).

PETALING JAYA: Murid yang kehilangan banyak masa berharga dalam pembelajaran sejak setahun lalu kini boleh “mengejar” semula detik itu melalui satu siri bengkel, kuiz dan program dalam talian.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada projek yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Persatuan Sains, Teknologi dan Inovasi (ASTI) dan Free Malaysia Today (FMT).

“Projek pemulihan bagi murid sekolah rendah” itu bertujuan untuk membantu mereka menebus semual masa pembelajaran mereka yang hilang akibat Covid-19.

Projek itu, menurut ASTI tidak tertumpu kepada peperiksaan, tetapi lebih kepada pemahaman, melibatkan eksperimen untuk memahami konsep saintifik dengan lebih baik, sebuah portal bagi murid membuat penilaian kendiri dalam subjek sains dan matematik, serta program bahasa Inggeris untuk membantu mereka yang akan masuk ke sekolah menengah.

Pada program pelancaran projek hari ini, Presiden ASTI Mohamed Yunus Yasin menyatakan keprihatinannya terhadap kemajuan pendidikan Malaysia yang “tidak stabil” apabila wabak Covid-19 melanda negara.

Beliau berkata “teknologi disruptif” yang wujud dengan kehadiran wabak banyak mempengaruhi teori dan amalan pembelajaran secara fizikal sedia ada.

Kerjasama ASTI-FMT adalah sebahagian daripada usaha pemulihan yang dilaksanakan bagi membantu murid menebus semula masa pembelajaran mereka sejak setahun lalu.

“Impak negatif sudah mula dilihat melalui kemerosotan moral dalam kalangan pelajar dan guru. Apa yang lebih membimbangkan adalah isu ini tidak dapat diselesaikan,” kata beliau, sambil menyatakan bahawa setiap sektor dalam sesebuah negara bergantung kepada kestabilan sistem pendidikannya.

Mengulas mengenai kerjasama ASTI-FMT, Yunus menekankan kepentingan kerjasama dengan media kerana mereka berperanan besar dalam menangani isu berhubung pendidikan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Ini memerlukan usaha berkumpulan, kita harus mulai menyelesaikan masalah ini bersama-sama. Kita tidak boleh tunggu masalah ini diselesaikan untuk kita,” katanya.

Pengerusi FMT Al-Ishsal Ishak berkata, peranan syarikat adalah untuk membuat liputan mengenai berita dan dasar pendidikan, selain memberi tumpuan kepada usaha yang sedang dilakukan.

“Kami harap dapat menampilkan lebih banyak berita tentang masyarakat dan contoh realiti kehidupan, terutama di kawasan luar bandar, untuk menyampaikan mesej kepada semua komuniti dan guru,” katanya.

Beliau berkata, laman web FMT juga akan menyiarkan artikel pandangan oleh Yunus dan rakan kongsi ASTI yang lain, untuk memberikan pencerahan mengenai isu dalam sektor pendidikan di negara ini.

Projek pemulihan ASTI dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, yang diwakili penasihat ASTI, bekas timbalan menteri pendidikan, P Kamalanathan di Hilton Petaling Jaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.