`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 10, 2021

Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 gagal patuhi SOP

 

Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah kenderaan polis hadir ke litar berkenaan bagi menyuraikan peserta yang hadir ke acara itu. (Gambar Facebook)

SEPANG: Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 kerana didapati gagal memastikan penjarakan fizikal ketika menganjurkan perlumbaan drag di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Imran Abd Rahman yang mengesahkan perkara itu berkata penganjur telah mendapatkan permit bagi melaksanakan acara itu di litar berkenaan namun gagal memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kami kompaun penganjur kerana gagal mengawal peserta, melaksanakan penjarakan fizikal dalam pematuhan SOP,” katanya ketika dihubungi susulan tular satu video memaparkan sebuah kenderaan polis hadir ke litar berkenaan bagi menyuraikan peserta yang hadir ke acara itu.

Mengulas video berkenaan, Imran berkata pihak polis telah diminta hadir menyuraikan peserta yang enggan bersurai meskipun acara telah selesai.

“Selepas polis sampai orang ramai memberikan kerjasama dan bersurai dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya yang menurutnya kenderaan polis tiba di litar pada kira-kira 9 malam.

Penganjur program berkenaan, MUSC Motorsports menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook turut mengesahkan yang mereka telah dikompaun kerana gagal melaksanakan acara tersebut dalam ketetapan norma baharu.

“Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibatkan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat tanpa kami menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguat kuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua pengikut Musc Drag Racing,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.