`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 9, 2021

Polis siasat dakwaan tandatangan palsu borang rentas negeri

 

Tangkap layar menunjukkan gambar borang rentas negeri yang kononnya sudah mendapat kelulusan pegawai polis sebelum diisi maklumat pemohon pada borang berkenaan.

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan susulan tindakan individu yang membuat pemalsuan tandatangan kononnya milik Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam pada sekeping gambar borang rentas negeri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Anak Embol berkata berdasarkan siasatan awal dijalankan pihaknya pada gambar borang yang tular dalam media sosial itu, didapati berlakunya pemalsuan tandatangan.

“Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dibuka berhubung insiden ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tular dalam media sosial, sebelum ini, sekeping gambar borang rentas negeri yang dimuat naik dengan tandatangan kononnya daripada Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6.

Terdahulu, tular di media sosial borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Balai Polis Chukai, Kemaman Terengganu.

Ketua Polis Daerah, Hanyan Ramlan, bagaimanapun dilaporkan menafikan wujud prosedur operasi standard (SOP) baharu kononnya borang rentas negeri itu diluluskan dengan tandatangan pegawai polis terlebih dulu sebelum pemohon mengisi borang berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.