`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 13, 2021

UMNO desak bubar Parlimen, nak adakan pilihanraya - Sang Kelembai

 


UMNO desak bubar Parlimen, nak adakan pilihanraya. Tapi jentera tak siap lagi. 

2. Sehingga kini hanya ada Pengarah Pilihanraya peringkat MT. Tapi peringkat Bdn Perhubungan, masih belum ada, begitu juga peringkat UMNO Bahagian.

3. Jika ikut kiraan.. Pengarah Pilihanraya peringkat negeri ada  ada 13 orang. Peringkat Bahagian ada 191, jumlah semuanya seramai  204 pertugas Pengarah Pilihanraya.

4. Sudah di kursuskan mereka ini semua? Pengarah Pilihanraya tidak semesti Ketua UMNO Bahagian.

5. Jika tidak ada penceramah.. Saya boleh bagi kursus dan ceramah secara percuma sahaja. Berdasarkan pengalaman saya terlibat Pilihanraya sejak tahun 1978.

OSTB :  Abang Sang Kelembai yang saya hormati. Salam dan selamat berpuasa. Sudah bertahun kita tidak berjumpa. Bagi saya ulasan ini tidak tepat pada sasaran. Kita semua sedia maklum bahawa Kluster Mahkamah Umno sangat desperate untuk PRU dipercepatkan. Samada tidak ada jentera,  tidak ada api, air atau jambatan sudah putus - itu semua mereka tidak peduli. Priority nombor satu bagi Kluster Mahkamah adalah untuk jatuhkan Tan Sri Muhyiddin yang memang berdendam dengan kedua watak utama Kluster Mahkamah ia itu Wak Jawa dan Si Bacul. Dalam keadaan tidak menentu sekarang susah bagi sesiapa pun ramalkan siapa yang bakal menang sebarang PRU. Maka Kluster Mahkamah pun meletakkan harapan yang sangat tinggi akan keadaan uncertainty ini. Kut-kut kalaulah Muhyiddin jatuh tengkok mereka pun akan terlepas daripada masuk penjara.    Kita tidak perlu mengulas lebih daripada itu. 

6, Ingat kata-kata saya:

“Perbezaan UMNO dan PAS ialah ranting (Bahagian Parlimen) PAS di pimpin oleh Ketua yang tidak berpendidikan tinggi. Sebilangan hanya ada  pendidikan agama biasa.

7. Tetapi jika berlaku pilihanraya . PAS akan meletakan calon2 dikalangan Melayu cerdik pandai. Latar belakang pendidikan  biasanya.. Doctor perubatan, Doctor PhD, Peguam, Jurutera dan sebagainya. Dan terdapat  orang luar kawasan diletakan oleh PAS.

8. 80% Ketua Ranting (Ketua Bahagian) PAS tidak bertanding. 

9. Berbeza dengan UMNO.. Sebahagian Ketua UMNO Bahagian bukan  ada pendidikan tinggi. Sebahagianya jadi Ketua  secara evolusi. Kerana lama pegang jawatan dalam UMNO Bahagian dan sudah pasti ada wang.

10. Bila berlaku Pilihanraya.. pemegang jawatan dalam UMNO Bahagin yang akan bertanding. Mereka yang  tidak layak dengan kelulusan yang ada.. Senyum2 sahaja bila nama di cadangkan oleh UMNO Bahagian.

11. Maka terjadilah.. Ketua UMNO Bahagian akan menyekat kemasukan cerdik pandai Melayu menyertai UMNO. Malah jarang melantik mereka duduk dalam Jawatan Kuasa tambahan”.

12. Kesimpulannya UMNO tak akan  membawa masuk dan jauh sekali menamakan anak Melayu berpendidikan menjadi calon  pilihanraya atau ayat tepatnya UMNO tidak mahu orang berpendidikan.

13. UMNO tidak pernah memikirkan siapakah  yang layak nak melawan calon Parti Politik yang hendak dilawannya.

Inilah dia reformasi kepemimpinan perlu ada di badan tubuh UMNO. Jika berlaku pertembungan antara  calon UMNO yang tidak berpendidikan dengan Parti Politik yang  lain bertanding meletakan calon berpendidikan dan  seterusnya UMNO masih meletakan calon ‘kuda tua’ atau bahasa Pantai Timur ‘ayam mata dene’ Calon UMNO akan tetap kalah.

Selamat berpuasa.

Sang Kelembai,  April 13, 2021, Kuala Lumpur.

OSTB :  Abang saya melihat keadaannya seperti ini.  Oklah Pas letak orang yang educated menjadi calon. Umno pula letak orang yang bebal dan tidak berpelajaran sebagai calon. Tapi tidak ada beza pun dari segi outcome-nya.

Calon cerdik pandai Pas serupa juga dengan calon bodoh bebal Umno. Lihatlah calon PAS yang menjadi Menteri Kabinet sekarang. Mereka cakap tak tentu hala dan sungguh jahil dalam hal ehwal negara dan dunia. 

Calon MB mereka di Kedah mahu sekat aliran sungai dan ingin menyekat aliran air ke Pulau Pinang di mana kesemua penduduknya adalah umat manusia.  Umat manusia maksudnya human beings. Dia ingin menyekat aliran air minuman kepada umat human beings yang majoritinya adalah sebangsa dan seagama dengan dia pula. Kita tidak boleh jumpa beruk pun yang lebih jahil daripada itu.

Lihatlah cerdik pandai mereka mentadbir kapal induk Pas di Kelantan - selama 30 tahun. Air minum mereka berwarna air kumbahan. Hutan dan balak mereka dipancung habis sampai bukit terbotak. Pemimpin mereka boleh "terima duit" RM90 juta daripada pencuri yang sekarang tunggu bermastautin sampai mati dalam penjara.   

Inilah calon berpelajaran dan berpendidikan daripada kalangan Pas.  

Apa maksudnya? Maksudnya saya setuju dengan saranan Abang Sang Kelembai. Hanya jika Umno boleh meletakkan calon yang berpelajaran universiti dan yang berpengalaman serta berintegriti maka Umno ada peluang yang lebih baik untuk menghadapi pngundi. 

Tetapi Umno masih berdepan dengan masalah pemimpin Umno tidak faham kesilapan dan kesalahan besar Umno pelopori dasar ekonomi, dasar sosial, dasar agama dan dasar politik yang dungu dan tidak lojik sejak 50 tahun sudah. Umno tidak kalah pada PRU14  sahaja. 

Umno sudah mula kalah sejak Badawi menjadi PM pada 2003. Tanpa kepintaran seorang Dr Mahathir untuk putar belitkan keadaan, Badawi lemas dalam dasar-dasar bodoh Umno yang memang tidak boleh survive. Dan rakyat biasa terutama sekali orang Melayu merasa mereka makin kebelakang. 

Bila Si Bacul pula take over keadaan menjadi lagi cemas bagi negara dan terutama sekali bagi orang Melayu.  Orang Melayu makin tertinggal dan terpinggir. Pada waktu rakyat Cina kita sudah boleh membuat international networking dengan ekonomi gergasi negara Cina - orang Melayu pula masuk senarai penerima BR1M.  Sehingga Si Bacul boleh berbangga bahawa dia sudah berjaya masukkan TUJUH JUTA orang Melayu dalam senarai orang papa BR1M!   

Apa yang negara kita dan terutama sekali orang Melayu perlukan dengan sangat urgent adalah dasar-dasar baru bagi negara kita. Dasar lama terutama sekali DEB atau Dasar Ekonomi Bebal perlu ditongsampahkan dan diganti dengan dasar ekonomi yang memang terjumpa, tertulis dan termaktub dalam buku-buku ekonomi. 

Penipuan parti politik dan pemimpin Melayu mempermainkan emosi agama tanpa lojik, membakar sentimen kaum tanpa rasional dan memperjuangkan kehidupan dalam "cocoon" atau kepompong telah mencampakkan orang Melayu di pinggiran. Keadaan yang masih jauh daripada selesa.  Hanya ahli politik dan pemimpin Melayu yang sudah kaya raya - tak kira Pas atau Umno. Mereka semua kaya. Orang Melayu perlu bangkit dan membuangkan sistem kolot ini. Orang Melayu mesti berubah. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.