`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 21, 2021

Lebih 7,000 pegawai JKM santuni mangsa banjir, kata Rina

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun berkata, sumbangan daripada pelbagai pihak masih dialu-alukan bagi memastikan tiada golongan tercicir. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Lebih 7,000 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digerakkan ke negeri dan wilayah yang terjejas dengan banjir bagi menyantuni mangsa banjir, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Beliau berkata, negeri terbabit adalah Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, selain Kuala Lumpur.

“Kesemua mereka telah digerakkan ke lokasi sejak hari pertama banjir berlaku. Selain menghulurkan bantuan, ada juga di antara mereka yang merupakan kaunselor yang akan memberi khidmat kaunseling kepada mangsa di PPS (pusat pemindahan sementara),” katanya menurut laporan Bernama.

Bercakap selepas melawat PPS di Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang di Banting, Selangor, Rina berkata, pegawai daripada enam agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut dilibatkan.

Rina Harun.

Mengenai siri lawatannya ke PPS, Rina berkata, ia membantu pihaknya untuk mengenal pasti jenis keperluan serta permasalahan yang dihadapi mangsa bencana alam terbabit.

Beliau yang berpuas hati dengan aspek pengurusan dan sumbangan kepada mangsa banjir berkata, sumbangan pelbagai pihak masih dialu-alukan bagi memastikan tiada golongan tercicir.

“Saya lihat dari segi sumbangan Alhamdulillah mencukupi, cumanya selepas ini KPWKM akan bantu bagaimana untuk bersihkan kediaman mereka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Lebih 500 orang daripada 313 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang sejak dibuka pada Sabtu lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.