`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 24, 2022

Asrama maahad tahfiz terbakar lagi, kali ini di Sungai Dedap

 

Kebakaran yang melibatkan tingkat teratas bangunan asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Sungai Dedap, Yan berjaya dipadamkan oleh petugas maahad menggunakan alat pemadam api sebelum pasukan bomba tiba. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Seramai 240 orang pelajar terselamat selepas asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Sungai Dedap, Yan, Kedah, terbakar petang semalam.

Ini kebakaran kedua membabitkan maahad tahfiz tersebut dalam tempoh 24 jam. Kejadian pertama berlaku di cawangan Kampung Dulang Besar petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang semalam, para pelajar, termasuk 15 yang dipindahkan dari cawangan Kampung Dulang Besar, terselamat kerana berada di blok pengajian lain.

Kebakaran yang melibatkan tingkat teratas bangunan asrama tiga tingkat itu berjaya dipadamkan oleh petugas maahad tahfiz berkenaan menggunakan alat pemadam api sebelum pasukan bomba tiba, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan Fauzi Shuaib.

“Hasil pemantauan mendapati kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan melibatkan kebakaran 50% di bahagian siling dan tilam di dalam bilik asrama terbabit,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia semalam.

Pada Sabtu, asrama dua tingkat Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Kampung Dulang Besar terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.25 petang.

Kebakaran di tingkat atas itu membabitkan kemusnahan 80%, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat.

Seramai 15 pelajar terselamat kerana menyertai aktiviti di luar sebelum menyedari asap tebal di atas sebelah kiri asrama berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.