`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 27, 2022

Berang diberi notis KKM, pemilik premis acu kapak kepada penguat kuasa

 

Polis sudah mengenal pasti suspek yang mengacu kapak kepada penguat kuasa terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 serta 186 Kanun Keseksaan. (Gambar Rawpixel)

PETALING JAYA: Berang selepas premisnya dikenakan notis, seorang lelaki mengacukan dua bilah kapak terhadap anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kejadian di sebuah pusat perniagaan di Kampung Koh, Lumut, Perak, kelmarin.

Dalam kejadian 9.30 malam, suspek berusia 56 tahun dikatakan tidak berpuas hati selepas pihak berkuasa mengeluarkan notis kerana tidak mematuhi amalan kebersihan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi, berkata selain itu suspek juga menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa terlibat.

“Kejadian berlaku ketika empat pegawai KKM ke lokasi tersebut untuk membuat penguatkuasaan pemantauan premis makanan dan mendapati berlaku pelanggaran peraturan.

“Notis tersebut dikeluarkan kerana premis makanan suspek didapati tidak bersih, selain kukunya panjang dan memakai cincin ketika menjalankan perniagaan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Nor Omar berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam masa terdekat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam serta Seksyen 186 kanun sama iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.