`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 24, 2022

Kes penggal kepala ibu, penganggur didakwa di mahkamah

 

Terdahulu, polis berkata tertuduh yang memenggal kepala ibunya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor itu melakukan perbuatan itu ketika mahu meminta wang untuk membeli dadah. (Gambar Facebook)

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki yang dipercayai memenggal kepala ibunya dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu pertengahan bulan ini.

Mohamed Azam Abdul Rasib, 29, yang merupakan penganggur mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Roslizi Sulaiman yang kemudiannya menetapkan 28 Mac untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan forensik.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mohamed Azam didakwa membunuh Hamidah Ismail, 56, di sebuah rumah di Pasir Penambang, Kuala Selangor antara 8.10 pagi hingga 6.08 petang pada 15 Jan lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon manakala tertuduh diwakili peguam Naim Mahmud.

Terdahulu, Naim memohon mahkamah membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri di mana-mana hospital kerajaan.

Roslizi berkata, permohonan tersebut perlu dibuat di Mahkamah Tinggi apabila kes tersebut dipindahkan ke mahkamah itu.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang penganggur yang disyaki memenggal kepala ibunya di sebuah rumah dan polis turut merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam insiden itu.

Laporan awal ujian air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis metamfetamine serta amfetamine. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.