`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 27, 2022

Laporan kajian ganti hukuman mati mandatori dibentang akhir Februari

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pelaksanaan kajian itu menepati hasrat kerajaan supaya cadangan pemansuhan akta hukuman mati mandatori diberikan penelitian menyeluruh.

KUALA LUMPUR: Laporan kajian hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, sebelum akhir Februari ini untuk pertimbangan dan persetujuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, pelaksanaan kajian itu menepati hasrat kerajaan supaya cadangan pemansuhan akta hukuman mati mandatori diberikan penelitian menyeluruh

Katanya, ini berikutan ia perlu mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan kerana isunya adalah kompleks dan sensitif.

“Perubahan dasar keadilan negara berkaitan perkara ini merangkumi hukuman alternatif kepada 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori dan 22 kesalahan dengan budi bicara mahkamah, akan mengambil masa untuk direalisasikan.

“Ia akan tertakluk keputusan Jemaah Menteri, termasuk pindaan peruntukan-peruntukan dalam akta-akta berkaitan serta perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan bagi tujuan ini,” katanya dalam kenyataan lapor Berita Harian.

Sebelum itu, Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Richard Malanjum memberi taklimat mengenai dapatan dan syor-syor laporan kajian dilakukan selama empat bulan.

Penubuhan jawatankuasa itu amat signifikan dan menyokong keputusan kerajaan bagi melaksanakan kajian keseluruhan dasar penghukuman untuk menggantikan hukuman mati mandatori kepada hukuman yang lebih wajar tertakluk kepada budi bicara mahkamah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.