`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 26, 2022

Makan Duit Rakyat Lagi : Sedikit Lagi Tips Bagi Ahli Parlimen Yang Menyoal Prestasi Khazanah Nasional

 Pada 18 Januari 2022 (minggu sudah) saya telah bangkitkan isu Khazanah Nasional Bhd yang telah menaikkan gaji pengarah eksekutif dan pengurusan tinggi walaupun prestasi Khazanah menurun dengan banyak juga. Inilah tajuk posting saya pada 18 Januari 2022 itu:

 
 
 
 
 
Semalam pula (25 Januari 2022) akhbar Malay Mail melaporkan berita beberapa Ahli Parlimen yang telah menyoalkan isu ini. Berikut beritanya:

 


  • KL Jan 25 — Khazanah rewards three executive directors, senior management despite drop in investment returns raised eyebrows among lawmakers
  • lawmakers harshly criticised move, demanded Putrajaya to explain rationale 
  • Khazanah must explain why ED's remuneration up more than 200% 

remuneration for key management up more than 175% said Lembah Pantai MP 
What is justification for extravagant expenditure, given poor investment returns?

Shah Alam MP said increment warrants explanation
“It’s something which is very questionable,” Khalid said

“don’t see rationale or logical explanation for such policy,” he added
remuneration more than double previous year, irresponsible, dumbfounding
hefty remuneration raise in 2020 despite over 60% drop in investment returns 

  • KNB posted just RM2.9b profits 2020
  • drop of over 60% from RM7.4b 2019
  • same period Khazanah doubled EDs, senior execs perks 
  • RM4.8m in 2020, up from RM2.6m in 2019
  • Total remuneration for senior execs increased to RM45.3m from RM25.6m

BN made coalition leaders board members of GLCs by default
Pakatan Harapan curbed practise during 22 months in power.
But that culture reinstated by Perikatan Nasional bloc 
  • increment when income inequality intensified by Covid 
  • Kadir Jasin said Khazanah dished perks when 100,000 people lost income 
  • top management enjoyed RM45.3 mil remuneration (2020) 
  • when 100,000 people lost incomes due to MCO he wrote in Sinar Harian 
  • Kadir suggested increment underscored culture nurtured by corruption 

civil servants, top leadership of GLCs following govt’s audacious habits
bosses rash behaviour become institutionalised across the board
Khazanah did not respond to Malay Mail’s  request for comment

 
My comments :
 
Tuan-tuan, sekali lagi mereka makan duit rakyat marhaen. Kalau mereka jadi jutawan pun adalah daripada makan duit rakyat marhaen.

Tetapi masih ada banyak lagi kelemahan dalam pengurusan Khazanah Nasional yang patut disuluhkan daripada Audited Accounts mereka (tahun 2020).
 
Satu lagi contoh adalah seperti berikut:
 

My comments : Ikut Notes to the Accounts No. 20 di atas pada tahun 2020 Khazanah Nasional telah menjual 17.3 JUTA saham Telekom Malaysia Bhd dengan harga RM735 JUTA.

Mereka juga telah menjual 85 JUTA saham Tenaga Nasional Bhd atau TNB dengan harga RM1 BILLION !!

Jadi penjualan saham Telekom dan TNB sahaja menjana wang sebanyak RM1.735 BILLION bagi Khazanah.
 
Memandangkan bahawa Khazanah hanya buat untung sebanyak RM2.9 Billion pada 2020 (KNB posted just RM2.9b profits 2020) ini bermaksud bahawa 60% daripada prestasi keuntungan Khazanah pada 2020 adalah daripada penjualan saham TNB dan Telekom.
 
Saham TNB dan Telekom itu telah diberi percuma kepada Khazanah Nasional sejak mereka mula operasi pada 1994. Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri ketika itu telah kickstart atau menghidupkan fungsi dan operasi Khazanah dengan memberi mereka kekayaan yang lumayan ia itu saham-saham dalam syarikat gergasi kepunyaan kerajaan (GLC) seperti TNB dan Telekom Malaysia Bhd.
 
Pada masa itu Khazanah telah pegang lebih 75% saham TNB. Tetapi hari ini pula tinggal hanya 26%. Begitu juga Khazanah sekarang hanya mempunyai 21.5% daripada saham Telekom Malaysia.  
 
Dalam bahasa omputih menjual saham-saham lama ini boleh disebut sebagai 'selling the family silver' ia itu menjual harta pusaka keluarga sendiri.
 
Hampir 60% daripada keuntungan Khazanah (2020) datang daripada 'selling the family silver' atau menjual harta pusaka. Bukan daripada  aktiviti menjalankan pelaburan baru.
 
Mak nenek kita yang hanya belajar sekolah kecik pun boleh membuat kerja menjual saham TNB dan saham Telekom untuk mendapat duit. 
 
Apa buktinya? Bila mak nenek kita pergi ke bank atau pejabat ASB untuk menjual saham ASB,  maka serupalah Khazanah menjual saham TNB.

Tak payalah belajar tinggi-tinggi atau di bayar gaji berjuta-juta Ringgit untuk buat kerja angkat telefon dan suruh broker jual saham TNB. Any monkey can do it.  

 



Tuan-tuan dengar baik-baik ya.

Saham TNB dan saham Telekom yang mereka jual itu adalah harta pusaka kita. Kita maksudnya rakyat marhaen. 

Gaji dan kenaikan gaji mereka yang berjuta-juta Ringgit itu pun daripada duit rakyat marhaen. Duit kita.

Maksudnya mereka naikkan gaji juta-juta Ringgit daripada duit kita untuk mejual harta pusaka kita sendiri.
 
Mereka memperbodohkan Tuan-tuan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.