`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 17, 2022

MRS diiktiraf badan pelesenan muzik rasmi di Sabah, kata menteri

 

Alexander Nanta Linggi ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kepenggunaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Kota Kinabalu, malam tadi.

KOTA KINABALU: Music Rights Sabah Berhad (MRS) secara rasmi menjadi badan pelesenan muzik yang diiktiraf oleh kerajaan berkuat kuasa 7 Jan lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

Katanya, MRS diiktiraf bagi menjalankan aktiviti kutipan royalti mewakili penyanyi, pemuzik, pembuat video muzik dan syarikat rakaman tempatan membabitkan etnik tempatan di Sabah.

“Ia juga adalah badan pelesenan ketujuh yang diisytihar Pengawal Hak Cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) diberi kuasa untuk mengutip royalti muzik serta mengeluarkan lesen penggunaan muzik di Sabah.

“Enam badan pelesenan lain yang terdahulu diiktiraf adalah Music Authors Copyright Protection Berhad (MACP), Public Performance Berhad (PPM), Recording Performers Berhad (RPM), MPLC Sdn Bhd, Malaysia Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC) dan Music Right (Sarawak) Berhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Kepenggunaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Exco Kepenggunaan Sabah, Media dan NGO Kepenggunaan, di sini, malam tadi.

Alexander berkata, penubuhan dan pengiktirafan MRS selaku badan pelesenan antaranya mampu memberi manfaat kepada ahli dalam menguruskan hak royalti penggiat seni selain menjaga kebajikan mereka dalam industri muzik.

Katanya, antara ahli yang bernaung di bawah badan berkenaan ialah pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik dalam rakaman lagu, pembuat video muzik dan syarikat rakaman. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.