`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 10, 2022

(VIDEO) Saya tolak jawatan duta Switzerland kerana perlu letak jawatan Ahli Parlimen, kata Nazri

 

Nazri Aziz berkata, blogger seperti Hussein Hamid ‘fikir mereka tahu semua sedangkan mereka tidak tahu’.

GEORGE TOWN: Nazri Aziz mendedahkan beliau ditawarkan jawatan duta ke Switzerland pada 2019, tetapi menolaknya kerana perlu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen mengikut syarat negara Eropah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian selepas seorang blogger, Hussein Hamid mendakwa Geneva menolak pelantikannya sebagai duta sekali gus mengaitkannya dengan siasatan pihak berkuasa Switzerland ke atas 1MDB.

Beliau turut mendakwa Wisma Putra tidak cenderung kepada ahli politik dan diplomat bukan kerjaya dilantik sebagai duta.

Nazri menafikan dakwaan itu dengan menyifatkan blogger itu “bodoh” kerana syarat untuk Ahli Parlimen menjadi duta ialah mereka perlu mengosongkan kerusi mereka.

“Di Eropah, Ahli Parlimen tidak boleh menjadi duta. Saya tidak mahu letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, penggal saya tamat dalam tempoh setahun setengah. Saya perlu tunggu sehingga penggal saya tamat.”

Bagaimanapun Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu.

“Saya tidak kisah apa orang cakap. Orang paling penting ialah pengundi saya.

“Blogger-blogger ini bodoh. Mereka fikir mereka tahu semua, sedangkan mereka tidak tahu. Ia okey jika anda tak suka saya dan membuat komen. Lebih baik bertanding lawan saya di pilihan raya.

“Tetapi saya tidak akan bertanding lagi (pada pilihan raya akan datang).” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.