`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 29, 2022

Modal baharui lesen tak cukup, hampir 50,000 kontraktor ‘gulung tikar’

 

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berkata kontraktor tidak mampu memperbaharui lesen kerana tidak mempunyai baki akaun modal mencukupi mengikut kelas masing-masing.

KOTA BHARU: Masalah pembaharuan lesen akibat ketiadaan modal mencukupi serta kesan kenaikan harga bahan binaan menyebabkan hampir 50,000 kontraktor Melayu bakal gulung tikar, kata Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Timbalan presidennya, Mohd Rosdi Ab Aziz, berkata kekurangan projek susulan situasi pandemik Covid-19 juga menjejaskan kebanyakan kontraktor kelas G1 hingga G4.

“Kontraktor tidak mampu memperbaharusi lesen kerana tidak mempunyai baki akaun modal mencukupi mengikut kelas masing-masing,” katanya menurut laporan Bernama.

Mengulas lanjut, Rosdi yang juga Yang Dipertua PKMM Kelantan, berharap kerajaan sentiasa melakukan pemantauan berhubung peningkatan harga bahan binaan serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi kontraktor Melayu ketika ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, rata-rata kontraktor ini tidak mampu menceburi bidang lain kerana kekurangan modal dan juga terpaksa menanggung hutang bank.

“Oleh itu, kita minta supaya kerajaan membuat pemantauan yang lebih kerap dan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengeluar untuk melihat faktor sebenar berlaku peningkatan harga barang ini,” katanya.

“Di Malaysia, seramai 126,000 kontraktor sama ada yang berdaftar dan tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, hampir 50,000 kontraktor tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai kekangan terutama kos bahan binaan yang semakin meningkat.”

Katanya lagi, setiap modal yang diperlukan untuk memperbaharui lesen bergantung kepada gred kontraktor masing-masing.

“Bahan binaan naik kita boleh terima namun sekiranya ia sentiasa berlaku kenaikan sehingga mencecah 30%, saya beranggapan mungkin pihak tertentu cuba mengambil kesempatan.

“Justeru, kerajaan perlu mengadakan perjumpaan dengan pengeluar untuk melihat faktor sebenar berlaku peningkatan harga barang ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.