`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 30, 2022

Apandi patut kekal jadi pengadu atau saksi, bukan ketuai panel Batu Puteh, kata Dr M

 

Dr Mahathir Mohamad berkata, pelantikan Apandi Ali sebagai pengerusi panel semakan undang-undang berhubung kedaulatan pulau Batu Puteh bertentangan ‘rule of law’ dan ‘natural justice’.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendakwa bantahannya terhadap pelantikan bekas peguam negara, Apandi Ali mengetuai panel semakan undang-undang berhubung kedaulatan pulau Batu Puteh tidak dihiraukan.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam yang berkata, sebarang bantahan berkaitan kedudukan pengerusi panel itu sepatutnya dibangkitkan lebih awal.

Selasa lalu, Mahathir meninggalkan pekarangan Jabatan Peguam Negara tidak sampai 15 minit selepas tiba untuk ditemu bual oleh Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di jabatan berkenaan.

Hari ini, Mahathir berkata, tidak timbul isu bantahan pada saat akhir kerana beliau menghantar dua surat pada Mei dan bulan ini untuk menyuarakan bantahan itu, tetapi tiada jawapan diterima sehingga kini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Bantahan saya ini tidak pernah dijawab sehingga semalam dan alasan yang diberikan oleh menteri undang-undang kononnya saya lewat membangkitkan bantahan.

“Tidakkah menteri undang-undang dimaklumkan mengenai bantahan-bantahan awal saya?

“Saya berasa lebih kecewa bila ada menteri undang-undang yang masih tidak faham asas undang-undang, lebih-lebih lagi dalam isu membabitkan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan.

Bekas perdana menteri itu berkata, Apandi sepatutnya kekal sebagai pengadu atau diminta menjadi saksi, bukannya mengetuai panel itu.

Ini kerana katanya, timbul konflik kepentingan memandangkan Apandi pernah mengkritik secara terbuka keputusan kerajaan Pakatan Harapan pimpinannya yang mengambil keputusan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan pulau Batu Puteh.

“Dia merupakan petitioner/pengadu kepada kes ini dan melantiknya mengetuai badan ini bertentangan ‘rule of law’ dan ‘natural justice’ yang menyatakan secara jelas ‘no man shall be the judge of his own cause’.”

Katanya, beliau sedia memberi kerjasama dalam mana-mana prosiding atau temu bual, jika panel itu terdiri daripada individu tidak berkepentingan.

Pada 3 Feb 2017, Putrajaya memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 23 Mei 2008 bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas pulau Batu Puteh.

Apandi, yang juga peguam negara pada 2017 berkata, beliau akan mengetuai sepasukan pakar semakan ke atas keputusan ICJ itu. Tetapi pada 2018, kerajaan PH di bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan itu sebelum kes berkenaan dibicarakan pada 11 Jun tahun sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.