`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 9, 2022

ASP, sarjan direman kes rasuah rokok seludup

 

Dua anggota polis berpangkat asisten superintendan (ASP) dan sarjan direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah RM8,000.

PETALING JAYA: Dua anggota polis berpangkat asisten superintendan (ASP) dan sarjan direman enam hari bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah RM8,000 sebagai habuan tidak mengambil tindakan terhadap seorang peniaga yang memiliki rokok seludup.

Majistret B. Sri Pracha Nanthini mengeluarkan perintah reman terhadap mereka sehingga Khamis depan di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

Masing-masing yang berusia 46 dan 39 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sungai Petani pada 8.30 malam tadi ketika diminta hadir memberi keterangan susulan laporan yang dibuat peniaga berkenaan.

Mereka bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Pengarah SPRM negeri Shaharom Nizam Abd Manap turut mengesahkan penahanan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, pegawai dan anggota polis itu telah melakukan pemeriksaan ke atas premis perniagaan milik peniaga terbabit di Seberang Perai Selatan semalam.

“Hasil pemeriksaan didapati peniaga terbabit menyimpan sejumlah rokok seludup di premis perniagaannya dan peniaga itu diminta menyerahkan wang RM8,000 bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Bagaimanapun selepas menyerahkan wang diminta, peniaga terbabit membuat laporan kepada pegawai SPRM menyebabkan mereka dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kes terbabit sebelum ditahan,” katanya, menurut Utusan Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.