`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 9, 2022

KM Melaka tak akan berdepan undi tak percaya, Rauf beri jaminan

 

Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh berkata dakwaan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali akan berdepan undi tidak percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai permainan pembangkang.

PETALING JAYA: Dakwaan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali mungkin berdepan undi tidak percaya menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada 25 Jul, sebagai “permainan” pembangkang, kata Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.

Sambil menafikan politik Melaka kini dalam situasi genting, Rauf berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat.

“Sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, saya tidak akan sesekali mengkhianati mandat dan kepercayaan diberikan rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) yang lalu.

“Tuduhan seperti itu (situasi politik Melaka) bukanlah pertama kali dilemparkan terhadap kepemimpinan negeri ini dan (saya yakin) ia adalah ‘permainan’ pembangkang yang cemburu dengan kejayaan yang dicapai kerajaan negeri selepas BN menerajui Melaka,” katanya menurut Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Hari ini, memetik laporan Sin Chew Daily, FMT melaporkan Sulaiman berkemungkinan berdepan undi tidak percaya di DUN Melaka susulan spekulasi berhubung pertukaran kepimpinan di Melaka timbul sejak pilihan raya negeri Nov 2021.

Rauf, ADUN Tanjung Bidara, dikaitkan dengan usaha merampas jawatan itu, tetapi sudah beberapa kali menafikannya.

Rauf menggambarkan laporan itu sebagai “berniat jahat” dan boleh menggugat kestabilan politik negeri.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan tidak akan ada sebarang tindakan mengkhianati mandat rakyat seperti undi tidak percaya.

Malah, katanya, barisan kepimpinan negeri akan terus berusaha keras bagi memastikan Melaka terus stabil sekali gus memberi kemakmuran kepada rakyat.

“Fokus kini adalah memberi sepenuh tumpuan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan datang dengan memenangi semua kerusi Parlimen yang ditandingi.

“Kami selaku pemimpin parti akan berusaha keras memastikan jentera pilihan raya BN di semua peringkat dalam keadaan siap sedia menghadapi PRU.

“Kami juga meminta semua kepimpinan BN di semua peringkat tidak terpengaruh dengan tohmahan terbabit serta kekal fokus demi mencapai kemenangan di PRU15 akan datang,” katanya.

Pada 8 Mei, ada pimpinan tinggi Umno Melaka, percaya wujud ‘dalang’ memaksa ketua menteri itu berundur menerusi dakwaan Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan.

Pemangku Ketua Umno Alor Gajah Rospandi Leman, berkata beliau tidak menafikan ada paksaan pihak tertentu supaya Sulaiman menandatangani surat itu, dalam masa terdekat.

Rospandi bagaimanapun tidak mahu mendedahkan pihak yang dikatakan menjadi dalang dalam isu berkenaan.

“Yup, yes (ya). Awak pun tahu ler (dalang),” katanya menurut Berita Harian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.