`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 27, 2022

PH wajar kerjasama dengan PSM hadapi PRU15, kata Ramasamy

 

PSM tidak banyak berbeza daripada parti komponen PH seperti DAP dan PKR dari segi ideologi, kata Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) wajar bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy berkata, secara ideologi, PSM tidak banyak berbeza daripada parti komponen PH seperti DAP dan PKR.

“Walaupun PSM adalah parti sosialis, DAP menganut fahaman sosialisme demokratik, dengan kata lain, kemajuan sosialisme melalui proses parlimen berbanding versi sosialisme revolusioner yang lain.

“PSM adalah parti berasaskan kelas dengan penekanan terhadap pembebasan eksploitasi kelas melalui pendidikan, kesedaran dan pergolakan. DAP nampaknya sangat tertumpu kepada persoalan kewarganegaraan; adakah rakyat di negara ini dilayan secara sama rata dan saksama tanpa tunduk kepada perpecahan etnik dan agama,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Jelasnya walaupun penekanan yang diambil oleh kedua-dua pihak berbeza, mereka masih mahukan masyarakat yang egalitarian, adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang masing-masing.

Ramasamy yang juga timbalan ketua menteri II Pulau Pinang berkata, PKR pula menekankan isu-isu yang menjejaskan segmen masyarakat yang lebih miskin.

“Ia bukan parti elit seperti Umno atau Bersatu, sebaliknya parti yang mempunyai tanggapan egalitarian tentang jenis masyarakat yang bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Meskipun dipisahkan oleh perbezaan khusus, ketiga-tiga parti tetap berkongsi wawasan yang sama tentang masyarakat dengan ketaksamaan antara kelas dikurangkan, diskriminasi kaum dihapuskan serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa politik dibanteras,” katanya.

Justeru, kerana itulah PSM wajar dimasukkan dalam kerjasama pilihan raya PH, katanya.

“Bukanlah kerana PSM mempunyai pengikut yang ramai, tetapi ia parti berprinsip yang mungkin meningkatkan imej pembangkang dalam menafikan undi kepada BN.”

Pada 21 Sept lalu, Majlis Presiden PH berkata mereka sedang meneliti permohonan Muda dan PSM mengenai kerjasama pada PRU15. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.