`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 28, 2022

Tampar, tumbuk anak kembar, pemandu lori ditahan

 

Lelaki berusia 44 tahun itu direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi kesalahan penderaan.

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera anak kembar lelakinya berusia 11 tahun dengan menampar serta menumbuk bahagian muka dan badan mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, pemandu lori berusia 44 tahun itu ditahan pada 7.30 malam kelmarin di sekitar kawasan rumahnya di Taman Sentosa, Klang oleh sepasukan polis dari cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati bapa kepada lima anak itu panas baran dan sering memukul pasangan kembar berkenaan.

Katanya, terdapat kesan kecederaan lama ditemui pada badan kedua-dua mangsa akibat dipukul suspek.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Suspek juga mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Cha berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi kesalahan penderaan dan suspek direman empat hari bermula semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.