`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 4, 2022

Saya orang tempatan, faham sentimen Jerai, kata calon DAP

 

Jerai sinonim kepada pengundi yang konservatif, sebab itu kami letakkan calon tempatan yang betul-betul memahami sentimen dan pandangan penduduk, kata calon DAP Zulhazmi Shariff.

PETALING JAYA: Calon DAP bagi Parlimen Jerai, Zulhazmi Shariff, percaya latar belakangnya sebagai orang tempatan boleh membantu beliau meraih sokongan penduduk di kawasan nusa teras Melayu itu, walaupun beliau ahli DAP.

Berdepan bekas wakil rakyat lepas, Sabri Azit daripada PAS, dan bekas menteri hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom daripada Umno, Zulhazmi berkata kelebihannya beliau faham apa yang difikirkan warga Jerai.

“Jerai sinonim kepada pengundi yang konservatif, sebab itu kami letakkan calon tempatan yang betul-betul memahami sentimen dan pandangan penduduk Jerai,” katanya kepada FMT.

Beliau menepis andaian bahawa DAP sedang bereksperimen apabila meletakkan calon berketurunan Melayu di kawasan seperti Jerai.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Ini kerusi yang kami yakin boleh dimenangi,” katanya.

Pencalonan Zulhazmi sendiri merupakan suatu peristiwa kecil bagi DAP, selepas 23 tahun ia mengelak mempertaruhkan calon bagi kerusi Parlimen di Kedah. Kali terakhir DAP berbuat demikian pada 1999 yang menyaksikan calonnya, George John KM George, tewas di Alor Setar.

Namun pada PRU kali ini, Zulhazmi percaya rekod pemerintahan Perikatan Nasional-Barisan Nasional mutakhir ini akan mendorong pengundi kepadanya.

“Kedua-dua parti ini mempunyai rekod mentadbir di Putrajaya yang saya yakin pengundi di Jerai lebih bijak menilai,” katanya.

Melalui beliau juga, DAP mahu menunjukkan kepada pengundi bahawa ia benar-benar berbilang kaum dan boleh mewakili setiap golongan masyarakat.

“PRU ini DAP ingin mengabsahkan perkara ini,” katanya, dan menambah parti itu berusaha memperluaskan jaringannya di Kedah sejak 2020 lagi.

Tambahnya, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew, giat mengajak ahli-ahli DAP yang berasal dari Kedah untuk pulang dan membina akar umbi.

Pada PRU14, Jerai dimenangi PAS dengan kelebihan kecil sebanyak 539 undi, menewaskan Jamil dan calon yang bertanding atas tiket PKR.

Di peringkat DUN, PAS menawan Sungai Limau (5,973 undi), BN menang di Guar Chempedak (259), dan PKR peroleh Gurun (4,207). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.