`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 11, 2023

Amanah tak tolak kemungkinan PH-BN tukar kerusi, kata Salahuddin

 

Salahuddin Ayub berkata, berkemungkinan PH dan BN menukar kerusi sebagai langkah rundingan strategik dalam usaha kerajaan perpaduan menang PRN di enam negeri.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN), menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Beliau berkata, kemungkinan itu boleh berlaku melalui perundingan strategik dalam usaha kerajaan perpaduan memenangi PRN di enam negeri.

“Berkaitan pembahagian kerusi, kita telah mengadakan perundingan bersama BN… ada Majlis Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Asas kepada pembahagian kerusi itu ialah secara umum, kerusi yang telah dimenangi parti-parti bertanding pada PRU14, biasanya kita tidak sentuh.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Namun, ia terbuka kepada perbincangan. Kita berkemungkinan tidak boleh mengelak jika berlaku pertukaran kerusi dalam kalangan ahli gabungan pada PRN nanti, iaitu sebagaimana biasa dalam mana-mana perbincangan berkaitan pembahagian kerusi,” katanya menurut Berita Harian.

Salahuddin mengulas laporan, baru-baru ini, bahawa PH khususnya di Selangor berkemungkinan akan ‘berkorban’ dengan menyerahkan sekurang-kurang lima kerusi ‘selamat’ kepada BN pada PRN kali ini, sebagai langkah strategik bagi mengekalkan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, PH Selangor semalam dilapor menafikan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasainya akan ‘dikorbankan’ untuk memberi laluan kepada calon BN, pada PRN.

Setiausaha PH Selangor, Mohd Khairuddin Othman, dipetik berkata perkara itu tiada dibincangkan pihaknya bersama BN dalam rundingan berkaitan agihan kerusi terbabit.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, perbincangan mengenai pengagihan kerusi masih terbuka dan berjalan baik.

“Namun, keputusannya dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Bagi Negeri Sembilan, Amanah juga sedang dalam proses mengadakan rundingan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.