`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 28, 2023

Johari dilantik bendahari agung BN

Johari Abdul Ghani menggantikan Hishammuddin Hussein sebagai bendahari agung BN.

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani menggantikan Hishammuddin Hussein sebagai bendahari agung Barisan Nasional (BN).

Pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir berkata, dua lagi Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail dan Khaled Nordin serta wakil PBRS, Freddy Sua dilantik menganggotai Dewan Tertinggi BN.

Ads by Kiosked

Ketua Pemuda Umno, Akmal Salleh dan Ketua Puteri Umno, Nurul Amal Fauzi pula dilantik sebagai wakil sayap itu dalam BDalam pada itu, Zambry berkata, Dewan Tertinggi BN sebulat suara mempertahankan kerajaan perpaduan yang turut dianggotai BN.

“BN komited untuk bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan.

“BN menyeru semua pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.