`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 11, 2023

Menyamar polis, wakil insurans tipu pinjaman tak wujud, 4 ‘keldai’ akaun ditahan

 

Polis berkata semua suspek dipercayai terlibat dalam kes dilaporkan pada 2017, 2020 dan 2023 dengan kerugian sehingga RM238,889.21.

BALIK PULAU: Polis menahan empat lelaki dipercayai dijadikan “keldai akaun” oleh sindiket penipuan sehingga mangsa kerugian RM238,889.21 dalam siri serbuan di Pulau Pinang, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, dalam kenyataan memaklumkan, empat lelaki berusia 29 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di sekitar di Bayan Lepas, Georgetown serta Simpang Ampat.

“Berdasarkan siasatan, polis mendapati empat lelaki itu terlibat dengan beberapa sindiket penipuan iaitu memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak insurans, pegawai polis dan memperdaya mangsa dalam urusan pinjaman wang tidak wujud dalam talian.

“Semua suspek itu dipercayai terlibat dalam kes dilaporkan pada 2017, 2020 dan 2023. Jumlah kerugian dialami oleh mangsa ialah RM2,725 sehingga RM238,889.21,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.