`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 11, 2023

Penembusan Terowong Genting ECRL dijangka suku kedua 2025

 

Loke Siew Fook, berkata Terowong Genting ECRL akan melengkapkan jambatan darat bagi pengangkutan kargo menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang, serta penumpang Pantai Timur ke Gombak. (Gambar Bernama)

BENTONG: Penembusan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini, sepanjang 16.39km melintasi Banjaran Titiwangsa dijadualkan dicapai pada suku kedua 2025, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Beliau berkata, kerja pengorekan terowong dengan menggunakan mesin ‘Tunnel Boring Machine’ (TBM), yang menjadikan Terowong Genting sebagai terowong ECRL pertama menggunakan kaedah itu berbanding kaedah gerudi dan letup seperti terowong lain, bermula sejak Jun lalu, manakala pengorekan Terowong Genting kedua bermula November tahun sama.

“Setakat ini, kerja pengorekan Terowong Genting pertama telah mencapai kedalaman 2,602m, manakala 2,497m untuk Terowong Genting kedua,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan terowong itu.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Jana Santhiran Muniayan, dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd Darwish Abdul Razak.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Loke juga menyifatkan pembinaan Terowong Genting yang menghubungkan Bukit Tinggi, Pahang dan Gombak, Selangor sebagai komponen utama ECRL, kerana melengkapkan jambatan darat (land bridge) bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang, selain menghubungkan penumpang Pantai Timur ke Gombak.

Mengulas mengenai kerja pembinaan ECRL yang keseluruhannya sepanjang 665km, Loke berkata, setakat Mac lalu, ia telah mencapai tahap kemajuan 42.06%, manakala pencapaian semasa untuk penyertaan tempatan ECRL ialah 96% daripada anggaran RM10.8 bilion kerja awam.

Beliau juga memaklumkan pelaksanaan projek ECRL telah berjaya mencapai 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan dan berharap ia dapat diteruskan, mengambil kira ia melibatkan lebih 17,000 tenaga kerja di 350 tapak kerja utama.

“Pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah mutlak dan tidak boleh diabaikan. Saya berharap projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan selamat tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan pekerja,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.