`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 28, 2023

14 sungai di Johor dikategori paling tercemar

 

Onn Hafiz Ghazi meluahkan kekecewaan selepas meninjau beberapa sungai hari ini kerana dipenuhi longgokan sampah sarap, sisa buangan dan bau busuk akibat pencemaran bahan kimia. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Kualiti air di 14 batang sungai di Johor dikategorikan paling tercemar, antaranya Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.

Susulan itu, beliau mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan segera menubuhkan pasukan petugas bagi menangani isu berkenaan.

“Saya yakin dengan kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, sungai-sungai di Johor pasti dapat dibersihkan, sekali gus merealisasikan agenda Johor Bersih menjelang 2030,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Beliau turut meluahkan kekecewaan selepas meninjau beberapa sungai hari ini kerana dipenuhi longgokan sampah sarap, sisa buangan dan bau busuk akibat pencemaran bahan kimia.

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Johor bersama menjalankan tanggungjawab sosial serta bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sejagat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.