`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 29, 2023

3 kereta mewah remuk akibat cuai

 

Keadaan sebuah Mclaren M4 yang remuk dalam kemalangan di KM63 Jalan Yong Peng, Kluang pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tiga kereta mewah remuk selepas seorang daripada pemandunya disyaki cuai dalam kemalangan di KM63 Jalan Yong Peng, Kluang kira-kira 9 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kluang, Nik Mohd Azmi Husin berkata tiga warga Singapura itu memandu Mclaren M4 dari Batu 4 ke arah Taman Seri Lambak.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta paling depan memperlahankan kenderaannya kerana mahu memasuki simpang kanan dan kereta di tengah-tengah turut membrek,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kereta paling belakang hilang kawalan dan melanggar kereta di tengah yang kemudiannya merempuh kereta di depannya.

Katanya, semua pemandu selamat dan kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.