`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 26, 2023

Mavcom keluar surat tunjuk sebab terhadap MYAirline

 

Mavcom sedang menyiasat MYAirline dengan lebih lanjut untuk sebarang kemungkinan pelanggaran syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL). (Gambar AP)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) membuka siasatan terhadap MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat itu susulan pengumuman penangguhan operasi 12 Okt lalu.

Mavcom berkata, surat tunjuk sebab itu menyatakan kegagalan MYAirline untuk memenuhi syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL), termasuk pembayaran gaji dan faedah pekerja yang masih belum dijelaskan.

Selain itu, syarikat penerbangan tersebut diperintah mengemukakan penjelasan bertulis sebelum 27 Okt.

“Sebaik menerima penjelasan bertulis MYAirline, Mavcom akan menilai sama ada ia layak untuk kekal sebagai pemegang ASL, atau sama ada ASL MYAirline harus digantung atau dibatalkan menurut Seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

“Mavcom bakal mengumumkan maklumat terkini berkaitan siasatan tersebut minggu depan,” katanya dalam kenyataan.

Mavcom juga sedang menyiasat MYAirline dengan lebih lanjut untuk sebarang kemungkinan pelanggaran syarat ASL.

Mengenai bayaran balik kepada pengguna terjejas pula, Mavcom sudah berhubung dengan pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengusahakan semua pilihan yang berkemungkinan dalam mendapatkan bayaran balik itu.

“Mavcom akan memaklumkan sebarang kemas kini dengan bayaran balik sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Mavcom turut menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberi cadangan mengenai langkah seterusnya.

“Walaupun rangka kerja kelulusan pelesenan sedia ada yang terpakai kepada semua pemegang lesen baharu dan sedia ada adalah komprehensif, pasukan petugas akan turut menyemak semula rangka berkenaan bagi sebarang penambahbaikan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.