`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 25, 2023

FDAM dibenar operasi semula – pemangku presiden

 

Pada 7 Jun lalu, JPPM membubarkan FDAM kerana melanggar sebahagian akta perlembagaan terdahulu yang dianggap tidak kukuh oleh JPPM.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dibenarkan beroperasi semula selepas mendapat keputusan rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan lalu.

Pemangku Presidennya, Zulkeflie M Osman, berkata berdasarkan surat KDN bertarikh 15 Sept, keputusan rayuan daripada dibubarkan diluluskan dengan syarat oleh kuasa diperuntukkan kepada menteri dalam negeri bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata FDAM mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) semalam bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung maklumat dan tindakan penambahbaikan dikemukakan kepada jabatan itu dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat berkenaan.

“Pertemuan FDAM itu yang dihadiri saya bersama Setiausaha FDAM, Mohamad Zaini Hassan dan Bendahari, K Logananthan di pejabat JPPM berjalan lancar dan baik.

“Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara diminta JPPM seperti logo rasmi FDAM belum diluluskan penggunaannya sehingga diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan hujung tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada 7 Jun lalu, JPPM membubarkan FDAM kerana pelanggaran sebahagian akta perlembagaan terdahulu yang dianggap tidak kukuh oleh JPPM.

Zulkeflie mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya. Shamsul Anuar Nasarah serta pegawai KDN dan JPPM Kuala Lumpur yang membantu FDAM beroperasi semula.

Katanya penghargaan juga dizahirkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) atas dorongan, nasihat serta sokongan dalam membantu usaha memulihkan status FDAM.

“Fokus dan hala tuju FDAM kini untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan persatuan, termasuk langkah penambahbaikan dan idea baharu yang perlu ada bagi kemajuan persatuan.

“Diharapkan hubungan serta kerjasama FDAM dengan kementerian, jabatan dan pihak swasta berkaitan perfileman serta stesen TV diperkukuhkan lagi selepas ini, selain terus mengembangkan kerjasama luar dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).”

Sebagai persatuan tunggal mentauliahkan pengarah filem di Malaysia, Zulkeflie berkata FDAM sentiasa mengharapkan sokongan penuh semua pihak dalam melahirkan pengarah berkaliber dan dapat menyahut cabaran dalam dunia perfileman, seiring kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.