`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 26, 2023

Memadai dapat kurang majoriti PN, pemimpin Umno akui sukar menang Kemaman

 

Ahmad Said dikatakan tidak tersenarai dalam lima disenarai pendek sebagai calon BN PRK Kemaman.

PETALING JAYA: Umno Terengganu mengakui mengurangkan majoriti dimenangi Perikatan Nasional (PN) menjadi sasaran paling realistik boleh dicapai Barisan Nasional (BN) berbanding menang PRK Kemaman, Disember depan.

Timbalan Ketuanya Nik Dir Nik Wan Ku berkata pihaknya sedar sokongan di Kemaman memihak kepada PN menerusi calon daripada PAS Che Alias Hamid yang menang dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15.

“Tujuan masuk bertanding memang nak menang, tapi kita sasar (PRK Kemaman) setidak-tidaknya kurangkan majoriti itu memadai.

“Tapi tak mustahil kita boleh menang dengan strategi pendekatan-pendekatan yang akan digunakan nanti,” katanya kepada FMT.

Nik Dir berkata setakat ini bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said yang kalah di kerusi itu pada pilihan raya November tahun lalu, hampir pasti tidak akan dicalonkan BN.

“Pada mesyuarat minggu lepas, beliau (Ahmad) maklumkan parti akan letak calon baharu untuk wakili BN…jadi secara tak langsung beliau tidak akan bertanding.

“Ahmad akan fokus sebagai pengarah pilihan raya BN,” katanya.

Pada PRU15, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut membabitkan Ahmad Said dari BN.

Namun kemenangannya dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya. PAS tidak merayu keputusan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.