`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 27, 2023

Warga emas ditahan pandu lawan arus

 

Tangkap layar video tular menunjukkan sebuah kenderaan dipandu melawan arus di Jalan Rasah.

PETALING JAYA: Seorang warga emas ditahan kerana memandu melawan arus di Jalan Rasah, Seremban hari ini.

Ketua Polis Seremban, Arifai Tarawe, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 10 pagi tadi membabitkan Proton Exora biru yang dipandu lelaki 73 tahun itu.

“Kenderaan itu bergerak di lorong paling kanan secara melawan arus menuju ke arah Seremban 3 dan perbuatan ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri serta pengguna jalan raya lain.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban mengesan suspek di Taman Desa Rasah dan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Satu video 16 saat tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan memandu secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Rasah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.