`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 1, 2023

2 penjawat awam ditahan kemuka tuntutan palsu

 

Sumber berkata suspek pertama ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan, manakala suspek kedua di rumahnya kira-kira 1 tengah hari. (Gambar Freepik)

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua penjawat awam hari ini kerana disyaki mengemukakan tiga tuntutan mengandungi butiran palsu berkaitan pembekalan peralatan sebuah sekolah kira-kira RM18,000.

Menurut sumber, suspek pertama seorang lelaki ditahan kira-kira 9 pagi tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan, manakala suspek kedua seorang wanita pula ditahan di rumahnya kira-kira 1 tengah hari.

“Kedua-dua suspek berumur dalam lingkungan 50-an itu dipercayai membuat tuntutan palsu pada 2019 sedangkan tiada pembekalan dibuat.

“Suspek lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat dipercayai bersubahat dengan suspek wanita mengemukakan tiga tuntutan palsu kepada pihak sekolah terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat bawah Seksyen 28(1)(C) dan 18 Akta SPRM 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.