`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, November 11, 2023

Kes buli MCKK: Polis rujuk semula kertas siasatan

Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan penuh kes buli di MCKK dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 9 Nov lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara memberi beberapa arahan khusus berhubung kertas siasatan kes buli pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), termasuk melengkapkan laporan penuh perubatan mangsa.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan penuh kes itu dihantar 9 Nov lalu, selepas siasatan dilengkapkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, tindakan sedang diambil pegawai penyiasat kes.

“Kertas siasatan akan dirujuk semula kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat, setelah semua tindakan dan laporan diperoleh,” katanya menurut Sinar Harian.

Tular di media sosial minggu lepas seorang pelajar sekolah dimasukkan ke hospital dipercayai dibuli pelajar senior.

Polis dilaporkan berkata, kertas siasatan dibuka selepas laporan diterima 24 Sept lalu.

Dalam kejadian tersebut, tiga pelajar lelaki tingkatan empat dikatakan dipukul empat pelajar tingkatan lima, menyebabkan seorang mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.

Turut tular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku, yang akan dirotan serta diminta berkelakuan baik dan membuat kerja amal di sekolah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.