`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, November 11, 2023

Tekan Israel dengan lebih berani, Ismail gesa negara OIC

Ismail Sabri Yaakob turut menggesa rakyat Malaysia bersatu menyokong Palestin serta tidak terpengaruh dengan propaganda media barat.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lebih berani menekan Israel, mengambil contoh tindakan tegas negara lain.

Ismail memuji keberanian beberapa negara Amerika Selatan dan Eropah bersuara terhadap kekejaman Israel dan menggesa gencatan senjata dalam konflik di Palestin.

“Malah, beberapa Ahli Parlimen di UK serta Anggota Kongres Amerika Syarikat, Rashida Tlaib secara terbuka mengecam Israel.

“Keberanian ini sepatutnya memangkin OIC dan negara Arab supaya lebih berani menekan Israel dan tidak menjadi alat kepada AS.

“Dunia semakin sedar rejim aparteid Zionis sedang melakukan penghapusan etnik,” katanya.

Hari ini, Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan bermula di Riyadh, ibu negara Arab Saudi, yang dihoskan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman.

Sidang kemuncak itu akan turut dihadiri pemimpin dan wakil negara anggota OIC, termasuk Malaysia yang diwakili Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Ismail turut mempersoalkan sama ada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) masih relevan, selagi masih wujud kuasa veto.

“Pada pandangan saya, selagi badan utama dunia ini mengamalkan konsep kuasa veto, maka selagi itulah PBB tidak mempunyai sebarang makna,” katanya dalam rencana yang diterbitkan Utusan Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.