`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, November 11, 2023

Umno beri bayangan letak calon langsung PRK Kemaman

 

Presiden Umno Zahid Hamidi yakin pemilihan calon langsung tanpa melihat hierarki dapat diterima baik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Zahid Hamidi membayangkan calon langsung Umno diletakkan pada PRK Kemaman, 2 Dis ini.

Presiden Umno berkata, keputusan meletakkan calon langsung bukan sesuatu perkara baharu, tetapi sudah dilakukan sejak dahulu bagi memastikan kemenangan parti.

Katanya, langkah itu dilihat mampu memberi kejutan kepada pihak lawan.

“Kita pernah melakukan pemilihan untuk calon langsung tanpa melihat hierarki (calon) dalam parti dan ini telah diterima dengan baik dan besar kemungkinan besar kaedah sama dibuat untuk PRK Kemaman.

“Yang penting bukan hanya kemenangan, tetapi sekurang-kurangnya majoriti seteru politik kita boleh dikurangkan. Itu adalah indikasi kepada kejayaan yang akan kita mulakan di Parlimen Kemaman ini,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Perasmian Pemukiman Biro Politik Umno Bahagian Kedah, di Alor Setar.

Media melaporkan desas desus bekas pegawai kanan tentera berpangkat jeneral, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bakal diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Kemaman, Isnin ini.

Sementara itu, Zahid yang juga timbalan perdana menteri menjelaskan, Umno kini dalam proses menyusun semula struktur organisasi itu dan jentera pilihan rayanya sebagai persediaan menghadapi PRU16.

Katanya, langkah menyusun semula parti termasuk menyatukan kembali setiap lapisan kepimpinan Umno akan dapat dilihat pada gerak kerja kempen pada PRK Kemaman kali ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.