`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, November 11, 2023

Perak setuju bekal air terawat kepada P Pinan

Saarani Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa bersama sudah ditubuhkan untuk mengkaji kosnya.

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, negeri itu bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang susulan kata sepakat dicapai setiausaha dua kerajaan negeri itu kelmarin.

Katanya, sebuah jawatankuasa bersama sudah ditubuhkan untuk mengkaji kosnya.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai sebelum proses memohon peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi membina loji rawatan air di Kerian, utara Perak.

Katanya, loji itu dapat membantu menyelesaikan isu pengairan sektor pertanian di Kerian dan sebagai persediaan membina Taman Industri Teknologi Tinggi seluas 400 hektar di daerah sama yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024.

“Perak akan membekalkan air terawat ke Pulau Pinang, bukan air mentah. Ia disebabkan yang pertama, memang kerajaan negeri sendiri nak memindahkan air ke utara Perak sebab kita nak membantu menyelesaikan masalah pengairan pertanian bagi utara Perak.

“Kedua, apabila perdana menteri mengumumkan cadangan penubuhan Taman Industri Teknologi Tinggi di Kerian, bermakna kita perlu juga memberi bekalan air mencukupi untuk tujuan itu,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan Program One Stop Center Kesejahteraan Rakyat Perak di Manjung.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, isu bekalan air antara Pulau Pinang dan Perak menerusi Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak memasuki fasa perbincangan positif. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.