`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 1, 2023

Imigresen selamatkan 10 mangsa pemerdagangan manusia

 

Menurut Jabatan Imigresen, seorang lelaki tempatan berperanan menyelia premis turut ditahan bagi siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

KUALA LUMPUR: Seramai 10 wanita warga asing berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah premis perniagaan pusat urut di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Jabatan Imigresen dalam kenyataan berkata semua wanita yang ditahan berusia lingkungan antara 20 hingga 40 tahun.

“Mangsa yang diselamatkan dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi sebagai tukang urut di premis berkenaan.

“Seorang lelaki tempatan berperanan menyelia premis terbabit turut ditahan bagi siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

Jabatan Imigresen memaklumkan operasi dijalankan Unit Risikan Operasi, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) Imigresen Putrajaya hasil daripada aduan awam dan maklumat risikan yang dijalankan.

Menurut kenyataan itu, modus operandi yang digunakan sindiket itu adalah dengan mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia berpandukan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI)

Dalam pada itu, imigresen juga menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat yang dapat membantu pihaknya membanteras jenayah pemerdagangan manusia serta penyeludupan imigran dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta ATIPSOM 2007. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.