`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 26, 2023

Kamu cerca walaupun elaun tak tarik, pembangunan diteruskan, Anwar tegur pembangkang

 

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan tidak pernah tarik elaun wakil rakyat, dan meneruskan pembangunan di kawasan pembangkang.

PUTRAJAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kerajaan perpaduan menafikan hak wakil rakyat berhubung peruntukan, menyifatkan ia dakwaan tidak benar.

Bukan sahaja gaji dan elaun wakil rakyat tidak ditarik, kerajaan turut mengumumkan peruntukan bagi kawasan pembangkang dan meneruskan projek pembangunan di situ, katanya.

“Dia kata kita menafikan hak wakil rakyat. Tak betul. Gaji, elaun kita tak pernah tarik,” katanya ketika menggulung Kongres PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang tadi.

“Saya sebut di Parlimen peruntukan bagi kawasan PAS atau Bersatu. Kita teruskan sekolah, masjid, perubahan semua kita buat. Apa-apa projek pembangunan.”

Anwar yang juga perdana menteri menegaskan peruntukan yang kerajaan berikan untuk perkara berkenaan perkara lazim.

“Yang penting kita salur kepada rakyat. Buat apa kami nak beri kepada kamu yang mencerca kami?”

Dalam pada itu, Anwar menyangkal dakwaan ia menyogok wakil-wakil rakyat pembangkang bagi menarik sokongan mereka.

Sebaliknya, beliau percaya mereka beralih sokongan kerana tahu tentang dasar kerajaan perpaduan dan melihat perkembangan negara.

“Selain tentunya peruntukan, itu memang lazim dari awal. Gaji wakil rakyat kita tak pernah singgung,” tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.