`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 23, 2023

Kurang pelancong, Bukit Fraser kini ‘bandar hantu, dakwa Ahli Parlimen

 

Chow Yu Hui mahu kerajaan mengembalikan semula kegemilangan Bukit Fraser sebagai destinasi pelancongan terkemuka. (Gambar Pahang Tourism)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mendakwa Bukit Fraser kini dianggap bandar hantu oleh pelancong yang kurang gemar melancong ke sana atas faktor keselamatan.

Chow Yu Hui (PH-Raub) berkata pusat peranginan tanah tinggi itu yang terkenal dengan jolokan ‘The Little England’ tidak lagi menjadi pilihan utama susulan kekerapan kejadian tanah runtuh.

Beliau mendakwa kerja penyelenggaraan tanah runtuh lambat dibuat kerana Bukit Fraser ditadbir dua pihak berkuasa tempatan (PBT) dari Pahang dan Selangor.

“Berlaku kekurangan komunikasi dan kerjasama antara pelbagai agensi telah melambatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan kemajuan tempatan,” katanya di Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menubuhkan agensi khas bertanggungjawab sepenuhnya keatas pembangunan dan pengurusan Bukit Fraser.

Beliau juga meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan Persatuan Alam Sekitar dan Bukit Fraser supaya kawasan itu diwartakan sebagai tapak warisan negara.

“Usaha itu dapat memulihkan era kegemilangan Fraser Hills,” katanya.

Bukit Fraser dahulunya sebuah kawasan perlombongan sebelum menjadi pusat peranginan tanah tinggi dibuka seorang pengembara yang juga ahli perniagaan Scotlands, Louis James Fraser pada 1919. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.