`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 27, 2023

Polis nafi terowong Genting Sempah runtuh dalam video tular

 

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar, berkata jika kejadian berlaku di Genting Sempah sudah tentu kenyataan rasmi segera diedar.

PETALING JAYA: Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah seperti mana dipaparkan dalam sebuah video tular.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar, berkata video itu tular di media sosial sejak semalam dan dipercayai kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di luar negara.

“Rakaman dalam video itu tidak berlaku di kawasan Genting dan saya pernah melihat video tersebut sebelum ini.

“Kalau dilihat Terowong Genting Sempah memang jelas di pintu masuk dan keluar laluan kenderaan terpampang gambar Yang di-Pertuan Agong (Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah),” katanya kepada Bernama.

Zaiham berkata, sekiranya ia berlaku di Genting Sempah, sudah pasti ada kenyataan rasmi segera dikeluarkan polis atau pihak konsesi lebuh raya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang berdurasi 50 saat memaparkan berlaku tanah runtuh di hadapan pintu masuk sebuah terowong laluan kenderaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.