`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 28, 2024

Gangguan elektrik, IOI City Mall Putrajaya tutup hari ini

 

Gangguan bekalan elektrik sejak pagi tadi menyebabkan pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya terpaksa menutup operasinya hari ini. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Pusat beli-belah IOI City Mall di Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik yang berlaku sejak pagi tadi.

IOI City Mall dalam  kenyataan di Facebook berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengenal pasti beberapa masalah dan kerosakan yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik itu.

“Bagaimanapun, TNB tidak dapat memberi jaminan bila bekalan elektrik dapat dipulihkan susulan isu kerosakan yang kompleks.

“Oleh sebab itu, demi kepentingan semua penyewa premis dan pelanggan, pasar raya kami tidak dapat beroperasi hari ini,” katanya.

Sementara itu, TNB dalam hantaran di X berkata, setakat 4 petang tadi pihaknya masih menjalankan kerja baik pulih kabel yang mengganggu bekalan elektrik ke IOI City Mall.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan bila kerja itu akan selesai dan bekalan elektrik ke pusat membeli-belah popular itu dapat dipulihkan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.