`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 17, 2024

Bina empangan bawah tanah, Kedah hantar pasukan teknikal ke Jepun

 

kepulauan Jepun
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, berkata empangan bawah tanah banyak didapati di kepulauan Jepun. (Gambar Wikipedia)

ALOR SETARL Kerajaan Kedah akan menghantar pasukan teknikal ke Jepun bagi meninjau operasi empangan air bawah tanah di negara itu berikutan cadangan membina empangan sama di Langkawi.

Menteri Besar Sanusi Nor berkata, cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

“Model ni ada di Jepun…Kalau jadi di Langkawi, ia yang pertama di Malaysia. Banyak di Jepun, di pulau-pulau mereka gunakan (empangan bawah tanah).

“Menurut konsultan Jepun yang cadang tu, (di Langkawi) sesuai dibina kerana ada hamparan batu tepi dan bawah, sungai di atas, cuma kita perlu sekat sikit saja untuk jadikan empangan bawah tanah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri setiausaha kerajaan negeri.

Sebelum ini, Kedah telah mengemukakan cadangan penerokaan sumber air bawah tanah sebagai alternatif bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air bersih di negeri ini.

Pada awal Mac, Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, berkata agensi kerajaan sedang membuat kajian dan akan melaksanakan projek perintis empangan air bawah tanah di Padang Mat Sirat, Langkawi.

Kedah mempunyai enam empangan utama yang membekalkan bekalan air mentah kepada sektor domestik, industri serta pertanian iaitu Empangan Pedu, Empangan Muda, Empangan Ahning, Empangan Beris, Empangan Bukit Malut, dan Empangan Padang Saga. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.