`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2024

Disyaki seleweng diesel nelayan, 2 lelaki dicekup

 

Free Malaysia Today
Timbalan Ketua Polis Kuala Muda Anuar Abd Rahman@Abd Rahim, berkata dua lelaki itu ditangkap ketika mereka disyaki melakukan urusan jual beli minyak diesel bersubsidi. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Diesel subsidi milik persatuan nelayan di Kedah diseleweng dengan dijual semula pada kadar RM250 bagi setiap 200 liter.

Kegiatan itu terbongkar susulan penangkapan dua lelaki tempatan ketika mereka disyaki melakukan urusan jual beli minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Bedong, dekat Sungai Petani.

Timbalan Ketua Polis Kuala Muda Anuar Abd Rahman@Abd Rahim, berkata ketika ditahan kedua-duanya berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun cuba memindahkan diesel itu dari sebuah treler ke dalam dua lori.

Katanya, serbuan di premis berkenaan dijalankan bermula 10.50 pagi hingga 1.40 tengah hari selepas bertindak hasil maklumat dan risikan Cawangan Khas IPD Kuala Muda.

Anuar berkata, diesel terbabit dipercayai diambil dari sebuah depoh minyak di kawasan Perai, Pulau Pinang bagi kegunaan nelayan di kawasan nelayan di daerah Sungai Petani.

“Dalam perjalanan, pemandu terbabit dipercayai singgah di lokasi di Bedong untuk menjual sedikit diesel bersubsidi dengan bayaran RM250 bagi setiap 200 liter,” katanya menurut Bernama pada sidang media di Sungai Petani.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati treler itu dipercayai milik sebuah persatuan nelayan yang dipandu lelaki tempatan berusia lewat 30-an.

“Cecair disyaki diesel dengan anggaran isipadu 800 liter dan 2,100 liter masing-masing ditemukan di dalam dua lori, manakala 27,000 liter lagi dijumpai di dalam treler.

“Semua 29,900 liter diesel yang dirampas dianggar bernilai RM44,991.84,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kuala Muda mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan dan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.