`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2024

Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir

 

Free Malaysia Today
Banjir melanda Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah akibat limpahan sungai berhampiran kesan hujan lebat petang tadi. (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Hujan lebat melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya telah menggerakkan anggota berserta beberapa aset ke lokasi terlibat iaitu di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang, dan Kampung Kubu Gajah bagi memantau situasi.

Beliau berkata, pemantauan di lokasi kejadian mendapati kawasan terbabit dinaiki air antara 0.3m hingga 0.6m dan keadaan adalah terkawal.

“Banjir berlaku akibat limpahan sungai berhampiran dan ketika ini paras air menunjukkan trend menurun.

“Keadaan adalah terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan bagi kedua-dua lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu masing-masing pada 4.47 petang dan 5.44 petang.

Awal hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Perak, Negeri Sembilan, dan Melaka sehingga 6 petang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.