`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 16, 2024

Sokongan asas sahaja tak cukup untuk tadbir Putrajaya, KJ beritahu PKR

 

Free Malaysia Today
Khairy Jamaluddin berkata PKR berdepan dilema dalam melaksanakan reformasi selepas membentuk kerajaan perpaduan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh terus bergantung kepada penyokong terasnya yang berhaluan kiri untuk mentadbir Putrajaya, sebaliknya perlu berusaha menarik pengundi berhaluan kanan majoriti Melayu yang kini dikuasai pembangkang.

Khairy Jamaluddin berkata, jika PKR dan PH gagal menarik sokongan Melayu gabungan itu akan berterusan bergantung kepada parti teras Melayu seperti Umno dan PAS untuk membentuk kerajaan.

“(PKR) tak boleh menang pilihan raya, tak cukup penyokong teras sahaja, sejak 1999 kebanyakan sokongan kepada mereka daripada bukan Islam dan sebahagian kecil pengundi Melayu walaupun ada lonjakan (sokongan Melayu) 2008 mereka tak boleh menang pilihan raya.

“Sebab sokongan pengundi asas (PKR/PH) sudah tepu, mereka kena pergi juga kepada golongan sayap kanan ini (tarik penyokong pembangkang) kalau tidak mereka kena tubuh kerajaan macam hari ini…kerajaan perpaduan bersama dengan Umno.

“Ini adalah dilema. Dilema kewujudan PKR hari ini adalah itu, kalau nak main sokongan asas sahaja tak cukup,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap dihoskan bersama Shahril Hamdan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata PKR turut berdepan dilema dalam melaksanakan reformasi selepas membentuk kerajaan perpaduan sambil tidak menolak ia boleh memberi kesan kepada kehilangan penyokong asas haluan kiri.

“Saya fikir mereka (PKR) boleh berada dalam ‘twilight zone’ sekarang di mana baru ambil alih kerajaan, semangat reformasi itu tidak menjadi keutamaan saat ini.

“Menggunakan hujah kerajaan kompromi dan sebagainya mereka boleh main hujah itu untuk satu penggal…mungkin kalau untuk penggal seterusnya berterusan seperti ini saya rasa dan orang akan tarik balik label reformasi itu daripada PKR,” katanya.

Khairy berkata, PKR boleh menyenaraikan 10 reformasi yang berjaya diperjuangkan ketika menjadi pembangkang atau dalam kerajaan sekarang pada sambutan 25 tahun parti itu nanti.

“Saya rasa mereka boleh naikkan balik semangat reformasi daripada kalangan penyokong,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata PH tidak sepatutnya meminggirkan idea gabungan itu dan meletakkan risiko kehilangan penyokong terasnya dalam usaha menarik pengundi pembangkang berhaluan kanan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Nik Nazmi berkata PH tidak akan dapat mengatasi seteru politiknya, Perikatan Nasional (PN) dalam menjuarai isu Melayu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.