`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 9, 2024

"harus menonton filem lucah" kata Hizbut Tahrir. Of course kena haram!!

 

https://www.kosmo.com.my/2020/10/01/tonton-video-lucah-harus-dalam-ajaran-hizbut-tahrir/

  • JB – Hizbut Tahrir (HT) haram di Johor  
  • benarkan lelaki wanita tiada ikatan bebas bersalaman
  • boleh bercumbu dengan wanita yang boleh dikahwini 
  • harus menonton filem lucah
  • HT juga benarkan mencium jantina lain tanpa niat berzina
  • perbuatan manusia tiada kaitan dengan qada dan qadar
  • hidayah bukan daripada Allah (?? Habis daripada siapa?)
  • haram meyakini azab kubur pasti akan berlaku
  • didedahkan oleh Jabatan Mufti Johor 
  • HT boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam 
  • memesong akidah umat Islam
  • Larangan HT termaktub warta kerajaan Negeri Johor 15 Julai 2019
  • HT bukan pertubuhan yang berdaftar secara sah
  • Ahad lalu HT hantar memorandum bantahan, tidak diterima Mufti Johor
  • menyatakan fatwa adalah fitnah, bohong, pemesongan fakta 
  • lebih 10 NGO membuat laporan polis tidak puas hati HT
  • menolak sistem pilihan raya
  • cenderung gulingkan pemerintah tidak laksana hukum Islam
  • Jabatan Mufti Johor tidak merancang bertemu dengan HT

My Comments :

Kenapa dia orang pilih 'menonton filem lucah' untuk dijadikan isu pula? 
Urgent sangat ke isu 'menonton filem lucah' itu?

Why not dia orang kata 'harus membaca sekurangnya satu buku 'non-fiction' setiap bulan, maksudnya bukan buku agama, bukan novel seks atau romance, bukan cerita hantu dan bukan buku khayalan fiction'. 

Itu jauh lebih urgent daripada 'menonton filem lucah'.

Kenapa pula Jabatan Mufti tak mahu jumpa mereka? Sudah 1,400 tahun dah kita beragama. Masih tidak boleh selesai antara Syiah dan Sunnah, antara sembahyang terawih lapan atau 20, antara Salafi dan mazhab dan banyak lagi. Percayalah lagi 1,400 tahun pun semua perkara ini tidak akan settle. 

Jadi kalau kita ambil cara mengguna kekerasan, tunjuk kuasa, keluarkan fatwa haram dsbnya masalah ini tidak akan selesai. Mungkin akan lebih rumit.

Lebih baik berjumpa, bersalam, berbaik dan bermesra. Cuba tukar pendapat dan beri pandangan secara sabar dan aman, dengan tidak perlu marah atau tunjuk kuasa atau guna kekerasan.

Surah An Nahl ayat 125

ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِ ۖ وَجَـٰدِلْهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ
 

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk".

The views expressed are those of the writers and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.