`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 15, 2024

Himpunan Melayu Raya Pattani tarik 80,000 peserta

 

Free Malaysia Today
Majlis kali ini diadakan besar-besaran selepas penularan Covid-19, dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk membaca puisi, pidato, persembahan pentas dan pameran busana dan sejarah.

PATTANI: Perhimpunan Melayu Raya 2024 baru-baru ini berjaya mengumpulkan 80,000 peserta termasuk penyanyi dan aktivis kemanusiaan Malaysia Heliza Helmi dan adiknya Hazwani.

Bertemakan “Buka Pattani Doa Palestin” program tahunan anjuran Perhimpunan Sivil Sosieti untuk Kedamaian (CAP) pada 13 dan 14 April itu berjaya menarik peserta dari Malaysia, Singapura selain Thailand khususnya dari wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla yang tampil menggayakan busana Melayu.

Penasihat CAP, Muhammad Aladi Dengni, berkata majlis kali ini diadakan secara besar-besaran selepas penularan wabak Covid-19, dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk membaca puisi, pidato, persembahan pentas dan pameran busana dan sejarah.

“Majlis perhimpunan ini telah sedikit sebanyak menyumbangkan kepada ekonomi tempatan dengan kehadiran pelancong dan juga penjualan busana Melayu dari wilayah selatan Thailand,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Sementara itu, Heliza yang kali pertama meraikan Aidilfitri bersama umat Islam di sini berkata beliau terharu dengan kesungguhan peserta yang menitipkan doa dan ingatan untuk penduduk Palestin di kala kemeriahan menyambut Syawal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.