`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 19, 2024

Perak galak pemain pelancongan ambil alih bangunan kosong jadi penginapan

 

Free Malaysia Today
Exco Loh Sze Yee berkata permintaan untuk pelancong bermalam di Perak tinggi namun kekurangan bilik penginapan menyebabkan kebanyakan memilih negeri jiran. (Gambar Bernama)

IPOH: Kerajaan Perak menggalakkan pemain industri pelancongan mengambil alih bangunan kosong sedia ada bagi dijadikan lokasi penginapan para pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Loh Sze Yee berkata pihaknya bersama agensi berkaitan akan membantu pemain industri yang berminat khususnya dalam bentuk promosi secara meluas bagi memastikan ia memenuhi permintaan.

“Kita tidak minta mereka bina hotel bertaraf lima atau enam bintang. Cukup dengan cara ambil alih bangunan-bangunan lama yang bersesuaian selain perlu pastikan penginapan berkenaan selesa, bersih, dan menawarkan harga berpatutan.

“Di pihak kerajaan bersama agensi berkaitan akan membantu pengusaha-pengusaha berminat khususnya daripada sudut promosi secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan majlis prapelancaran Perak Tourism Awards 2024.

Pendekatan itu secara dasarnya bertujuan menampung kekurangan bilik penginapan yang menjadi antara kekangan untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Perak.

“Sebenarnya permintaan untuk pelancong bermalam di negeri ini tinggi namun disebabkan kekurangan itu menyebabkan kebanyakan mereka memilih negeri jiran seperti Pulau Pinang sebagai destinasi untuk bermalam.

“Perkara ini yang sepatutnya kita atasi. Kita mahu mereka datang melawat dan bermalam di Perak. Dengan cara itu, lebih banyak pengaliran wang dalam negeri dan secara tak langsung akan meningkatkan pendapatan industri pelancongan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.