`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 6, 2024

Siasatan SPRM: Tiada desakan MB Perlis letak jawatan

 

takitaki rumba
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata dakwaan mengenai desakan peletakan jawatan itu hanya dimainkan pihak lawan yang ketandusan isu.

HULU SELANGOR: Tiada mana-mana Adun di Perlis membuat desakan supaya Mohd Shukri Ramli meletak jawatan dan diganti pemimpin baharu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, Shukri menjalankan tugasnya dengan baik dan tiada keperluan untuk mendesak beliau meletak jawatan.

“Menteri besar kekal menteri besar. Beliau masih lagi menghadap Raja Perlis untuk mengadakan mesyuarat exco dan sebagainya sebagaimana biasa, tak ada apa-apa masalah di Perlis,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Manifesto calon PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu di pekan KKB.

Katanya, dakwaan mengenai desakan peletakan jawatan itu hanya dimainkan pihak lawan yang ketandusan isu, malah beliau menegaskan Shukri hanya disiasat dan belum terbukti bersalah.

“Sekarang ini rakyat boleh menilai mana yang betul, mana yang salah dari segi berita dan maklumat yang mereka terima.

“Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, itu prinsip undang undang dan keadilan. Siapa pun boleh disiasat, jadi belum ada apa-apa lagi,” katanya.

Khamis lalu, Bersatu Perlis dilapor sedia menggalas tanggungjawab menerajui pentadbiran negeri itu, jika wakil parti berkenaan diminta berbuat demikian dengan sebarang keputusan mengenai kedudukan Shukri tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis dan pimpinan tertinggi PN.

Rabu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan Shukri memberi keterangan selama lapan jam mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan salah guna kuasa.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, PN akan mengemukakan petisyen selepas PRK bagi kerusi DUN KKB sekiranya calon PH menang atas alasan bahawa kerajaan perpaduan telah salah guna kuasa sebelum dan ketika kempen PRK sedang berlangsung.

“Kami berikan amaran, kalau ditakdirkan PH menang, kami akan failkan petisyen pilihan raya, itu sudah pasti.

“Bukti pelanggaran kami ada secara video dan catatan sebagainya. Kita ada rujukan kes seperti di Kuala Terengganu dan Kemaman,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menjelang PRK Kuala Kubu Baharu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.